15.1 Penamatan. Mana-mana pihak boleh menamatkan proses ini sebelum HN membayar hasil jualan, tertakluk kepada seksyen 9.
15.2 Keingkaran. Jika Anda tidak membayar caj yang kena dibayar di bawah seksyen 9, atau kos pos yang perlu dibayar di bawah seksyen 6.2 atau seksyen 9.4, HN boleh menahan Item tersebut sehingga ia dibayar, dan seksyen 11 serta seksyen 12 terpakai seolah-olah HN tidak dapat menghubungi Anda.
15.3 Masa. Masa adalah intipati apabila sesuatu tempoh dinyatakan dalam Terma ini.
15.4 Force majeure. Tiada mana-mana pihak melanggar Terma ini kerana kelewatan yang disebabkan oleh sesuatu kejadian di luar kawalan yang munasabah, tetapi ini tidak meliputi kegagalan untuk membayar.
15.5 Notis. HN akan menghubungi Anda menggunakan butiran perhubungan yang Anda berikan dalam Terma ini. Anda hendaklah memastikan ianya adalah sentiasa terkini, dan boleh mengemas kini perubahan butiran Anda dalam aplikasi atau melalui makluman bertulis kepada HN.
15.6 Pindaan. HN boleh mengubah Terma ini bagi transaksi pada masa hadapan. Terma yang Anda terima terus mentadbir transaksi Anda.
15.7 Undang-undang yang mentadbir. Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia, dan mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa.
15.8 Kebolehasingan. Jika mana-mana bahagian, terma atau peruntukan Terma ini diputuskan sebagai menyalahi undang-undang, bercanggah dengan mana-mana undang-undang atau tidak sah, bahagian atau peruntukan lain hendaklah dianggap boleh diasingkan dan tidak terjejas oleh penentuan sedemikian, dan hak serta kewajipan pihak-pihak hendaklah ditafsirkan dan dikuatkuasakan seolah-olah Terma tersebut tidak mengandungi bahagian, terma atau peruntukan tertentu yang diputuskan sebagai menyalahi undang-undang atau tidak sah tersebut.
15.9 Mengikat Waris Pengganti. Terma ini hendaklah mengikat pihak-pihak di sini dan pengganti hak milik, waris, serta penerima serah hak masing-masing.
15.10 Penyelesaian pertikaian. Sebarang pertikaian, kontroversi atau tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma ini, atau sebarang pelanggaran, penamatan atau ketidaksahan mana-mana perkara dalam Terma ini, hendaklah diselesaikan setakat yang mungkin melalui rundingan dan persetujuan bersama antara pihak-pihak. Jika pihak-pihak tidak dapat mencapai persetujuan bersama dalam tempoh 60 hari selepas notis daripada pihak yang satu lagi, pertikaian itu boleh diselesaikan oleh badan atau pihak yang mempunyai bidang kuasa ke atas perkara ini.
15.11 Versi yang mengatasi. Terma ini dikeluarkan dalam kedua-dua versi iaitu versi bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu. Sekiranya berlaku ketidakselarasan atau percanggahan antara versi bahasa Inggeris dengan versi Bahasa Melayu, versi bahasa Inggeris hendaklah mengatasi.